Saturday, March 16, 2013
Elly Mazlein Tidak Putus Tunang
Gosip Elly Mazlein putus tunang dengan Azmi Hatta tidak benar. Ini dapat dilihat melalui segmen Sila Jawab dirancangan Melodi yang bersiaran pada 17/03/2013 di TV3. Elly yang amat terkenal dengan sifat mendiamkan diri terutama yang melibatkan hal peribadi beliau.
Gosip putus tunang tercetus apabila Elly tidak memakai cincin tunang pada majlis pra tonton filem lakonannya Awan Dania The Movie. Didalam segmen Sila Jawab dalam Melodi, Elly telah menunjukkan cincin yang telah dipakainya dan memberitahu cincin itu merupakan hadiah daripada tunangnya Azmi Hatta.Di percayai juga Elly telah menerima hadiah beg tanggan daripada Azmi pada hari jadinya yang lalu.
Ini menunjukan Elly masih tunangan Azmi Hatta. Elly berharap peminatnya memberi ruang dan mendoakan yang terbaik untuknya. Bila masanya dah tiba dan tepat saatnya, Elly akan mengumumkan status sebenarnya atau majlis pernikahannya.
Buat peminatnya, Elly kini tampil dengan single terbaru iaitu Sabarlah Hati ciptaan Manusia Putih. Single terbarunya ini adalah hadiah Elly kepada peminatnya yang berharap Elly membuat comeback dalam bidang nyayian. Semoga dengan kerjasama dengan KRU Studio yang bertindak untuk mengedar dan promosi Sabarlah Hati akan meletup nama Elly Mazlein dalam bidang nyanyian kembali.
Tahun 2013 ibarat tahun pembukaan insan yang bernama Elly Mazlein. Selain ,muncul dengan single terbaru, filem lakonanya dalam Awan Dania The Movie sedang di tayangkan bermula 14 March 2013. Memengang watak sebagai Tania, lakonannya telah mendapat pujian daripada penonton.
Semoga Elly Mazlein akan berjaya dalam bidang yang diceburi dan akan menamatkan zaman bujangnya.
Ulasan : MatBaek
Ulasan Awan Dania The Movie
Pada hari pertama tayangan Awan Dania The Movie. MatBaek telah pun pergi menonton filem ini.
Awan Dania The Movie merupakan filem yang telah diangkat melalui drama Awan Dania. Awan Dania mengisah tetang wanita yang yang bernama Dania yang mempunyai watak yang kasar, gila-gila dan mempunyai cita-cita yang tinggi.
Awan Dania berkisarkan tentang dunia penerbangan.
Drama ini telah mencetuskan fenomena selama 3 musim di atas lakonan cemerlang Scha Al Yahya. Dalam drama, banyak pelakon yang terlibat. Selepas Awan Dania Musim me 3 tamat. Pihak pruduksi telah memutuskan untuk mengangkat drama ini sebagai filem diatas sambutan penonton.
Rashid Sibir merupakan pengarah Awan Dania The Movie dibawah terbitan Tayangan Unggul. Filem ini telah terperap selama 3 tahun. Difahamkan diatas masalah teknikal. Banyak perubahan yang dilakukan oleh Rashid Sibir dari segi cerita dan pelakon. Hanya 2 watak asal di kekalkan iaitu Dania lakonan Scha Al Yahya & Benjy lakonan Jehan Miskin.
2 watak baru yang telah di perkenalkan iaitu Tania lakonan Elly Mazlein & Remy lakonan Rusdi Ramli. Dalam versi filem, hampir 100% tidak sama seperti drama.
Filem ini berkisar tentang Dania yang bersahabat baik dengan Tania. Berlaku persengketaan antara mereka semasa majlis penyampaian krew kabin terbaik. Dania merebut trofi yang telah dimenangi oleh Tania semasa majlis pengumuman anugerah berlangsung akibat salah faham yang dicetuskan oleh teman Dania yang bergurau.
Sejak dari itu Dania & Tania renggang dan menjadi musuh. Dania juga bercita-cita untuk menjadi pemenang Kew Kabin Terbaik. Sangat kecewa diatas kegagalannya. Dania mulai curiga bagaimana Tania boleh memegang title tersebut selama 4 tahun berturut.
Dania telah mendapati Tania telah mengunakan teknik kotor dengan mengoda juri hakim bagi membantunya.
Dania bertekad sebagai seorang sahabat Tania untuk membongkar niat jahat Tania. Agar Tania sedar. Tania telah mengoda Remy yang merupakan juri untuk anugerah krew kabin terbaik. Remy juga merupakan kisah silam Dania. Dania telah mula menjalankan operasi intipan dan rancangan untuk membongkar niat jahat Tania pada Remy.
Seperti yang telah di war-war sebelum ini. Hampir 100% jalan cerita dalam filem ini berbeza dari jalan asal dalam drama.
Mungkin anda sebagai penonton akan berasa sedikit bosan dengan filem ini sekiranya berharap kesinambungan jalan cerita sama seperti dalam drama.
Sekiranya anda rindukan watak Dania dan inginkan filem yang ringan Serta kelakar. Filem ini wajar ditonton.
Merupakan filem romantik komedi yang sangat ringan dan sesuai ditonton oleh lapisan masyarakat.
Daripada segi lakonan.
Scha Al Yahya (Dania) : Watak telah diolah. Mungkin peminat Awan Dania akan kecewa. Tapi watak Dania dalam jalan cerita filem ini masih boleh diterima. Cuma gedik yang di buat Oleh Scha tidak natural.
Elly Mazlein (Tania) : Lakonan watak yang boleh dipuji. Gedik yang unik dan semulajadi. MatBaek rasa dalam filem ini watak Tania yang menonjol.
Rusdi Ramli (Remy): Watak ini tidak mencabar. Lakonan Rusdi biasa dan sememangnya watak itu yang dimahukan oleh pengarah.
Jehan Miskin (Benjy) : Lakonan sama seperti drama asal. Cuma kemunculan hanya saat hujung cerita.
Bagi MatBaek jalan cerita masih ok. Masih boleh diterima. Cuma adalah lebih baik jalan cerita nya lebih pada airport. Baru tidak tersasar konsep asal Awan Dania.
Saturday, March 9, 2013
Demi Kasih Ku Turutkan - Elly Mazlein
memang benar pujangga berkata
cinta itu sememangnya buta
berkorban jiwa dan raga
sehati hidup bersama
chorus:
cinta itu indah
lahir dari hatiku nan suci
biarpun ada penghalang kasih aku rela
kalimah asmara bak permata hati menyinari
ku sirami dgn kasih syg dan kesetiaan
*begitulah aku merindu sang bulan
malam tak berbintang tak berteman
seandainya sayang kian berjauhan
demi kasih aku turutkan
ikatan asmara berputiknya cinta yg abadi
kubajai dgn airmata kasih ku pertahankan
* Ulang 2 X
Kata Saja I Love U-Elly Mazlein
OST: Awan Dania The Movie
Lirik
Thursday, March 7, 2013
Sabarlah Hati - Elly Mazlein
Download MP3 : Sabarlah Hati