Pages

Saturday, March 16, 2013

Elly Mazlein Tidak Putus Tunang


Gosip Elly Mazlein putus tunang dengan Azmi Hatta tidak benar. Ini dapat dilihat melalui segmen Sila Jawab dirancangan Melodi yang bersiaran pada 17/03/2013 di TV3. Elly yang amat terkenal dengan sifat mendiamkan diri terutama yang melibatkan hal peribadi beliau.

Gosip putus tunang tercetus apabila Elly tidak memakai cincin tunang pada majlis pra tonton filem lakonannya Awan Dania The Movie. Didalam segmen Sila Jawab dalam Melodi, Elly telah menunjukkan cincin yang telah dipakainya dan memberitahu cincin itu merupakan hadiah daripada tunangnya Azmi Hatta.Di percayai juga Elly telah menerima hadiah beg tanggan daripada Azmi pada hari jadinya yang lalu.

Ini menunjukan Elly masih tunangan Azmi Hatta. Elly berharap peminatnya memberi ruang dan mendoakan yang terbaik untuknya. Bila masanya dah tiba dan tepat saatnya, Elly akan mengumumkan status sebenarnya atau majlis pernikahannya.

Buat peminatnya, Elly kini tampil dengan single terbaru iaitu Sabarlah Hati ciptaan Manusia Putih. Single terbarunya ini adalah hadiah Elly kepada peminatnya yang berharap Elly membuat comeback dalam bidang nyayian. Semoga dengan kerjasama dengan KRU Studio yang bertindak untuk mengedar dan promosi Sabarlah Hati akan meletup nama Elly Mazlein dalam bidang nyanyian kembali.

Tahun 2013 ibarat tahun pembukaan insan yang bernama Elly Mazlein. Selain ,muncul dengan single terbaru, filem lakonanya dalam Awan Dania The Movie sedang di tayangkan bermula 14 March 2013. Memengang watak sebagai Tania, lakonannya telah mendapat pujian daripada penonton.

Semoga Elly Mazlein akan berjaya dalam bidang yang diceburi dan akan menamatkan zaman bujangnya.

Ulasan : MatBaek

0 comments:

Post a Comment