Pages

Saturday, July 12, 2014

Filem CEO 2014 - Semua orang nak jadi bos

Filem CEO Trailer

https://www.youtube.com/watch?v=5ya82Y5ZEDs

Tarikh 12 Jun tentunya dinantikan dengan penuh debaran oleh produser, pengarah dan barisan pelakon filem CEO yang bakal menemui penonton di pawagam seluruh negara. Syarikat Arafilm Sdn Bhd turut mengambil langkah berani apabila mempertaruhkan pengarah muda berusia 29 tahun iaitu Razaisyam Razak sebagai pengarah filem ini.

Pastinya cabaran besar terpaksa diharungi pengarah ini apabila bekerjasama dengan nama-nama besar seperti Deanna Yusof, Datuk Jalaluddin Hassan, Remy Ishak dan Beto Kusyairy. Turut membintangi filem ini ialah Cristina Suzanne, Anaz Ridhuan, Mustaqim Zaki dan Nazeera Sardi.

CEO menceritakan mengenai jalan kehidupan setiap manusia yang tidak akan kekal selamanya, seperti roda yang akan sentiasa berputar. Setiap orang perlu mempunyai kecekalan semasa menempuhi kesukaran hidup, mempunyai jati diri dan bijak mengatur langkah seterusnya. Berpegang kepada konsep ini, pengarah Razaisyam perlu menghasilkan garapan terbaik. Dia memberitahu, mulanya agak tertekan apabila mengarahkan nama-nama besar namun situasi selepas itu berubah apabila mereka banyak membantunya menjayakan watak yang diberikan.





Berikut details filem CEO :


Title : CEO

Format : 2D

Language : Malaysia

Genre : Comedy/Sosial

Classification : P13

Duration : 1hour 40mins (100mins)

Director : Razaisyam Rashid

Producer : Abdul Razak Abdullah

Cast : Beto Kusyairy, Remy Ishak, Cristina Suzanne, Jalaluddin Hassan, Deanna Yusoff, Anas Ridzuan

Release Date : 12 June 2014
Synopsis Filem CEO


“CEO” mengisahkan perubahan hidup dua orang lelaki dari dua kehidupan yang berbeza. Adam seorang CEO yang berjaya dalam sebuah empayar korporat. Sufian pula seorang penghantar pizza. Satu insiden telah berlaku menyebabkan hidup dua lelaki ini berubah 360 darjah. Adam yang disabitkan kes pecah amanah telah hilang segala-galanya. Dia hilang jawatan, kemewahan, harta benda dan juga tunang. Sufian pula mendapat syurga dunia apabila diberikan jawatan tertinggi syarikat, harta dan dan segala kemewahan yang tidak pernah difikirkan. Adam keliru dengan musibah yang menimpa dirinya dan bertekad mencari dalang kejatuhannya. Sufian juga keliru namun tiada tindakan yang diambil. Baginya seperti bulan jatuh ke riba! Usah banyak tanya!. Namun ada misteri disebalik apa yang terjadi dan mereka berdepan dengan misteri tersebut.


Facebook Link

https://www.facebook.com/CEOTheMovie

Cerita ini baru sahaja Mat Baek tonton semalam di rumah. Memang best, simple & kelakar. Memberi pengajaran. Semua orang nak jadi bos...



Betui Betui Betui.....

0 comments:

Post a Comment