Ulasan : Bila MatBaek baca ruangan SosehSoseh : Bekas isteri lupa daratan didalam bahagian RAP dalam Harian Metro. Perkara pertama MatBaek fikir SosehSoseh ini ditujukan buat Abby Abadi & Norman Hakim. Situasi dalam ruangan ini sama dengan situasi Abby Abadi. Itu pendapat MatBAek la... Jika dilihat dalam majalah, suratkhabar ada sahaja cerita dari Abbby Abadi tetang keburukan Norman Hakim. Padahal Norman Hakim senyap dan tak pernah keluar kenyataan memburukkan bekas iserinya. Tetapi ia berlaku disebaliknya. Apapun ini semua hanya mereka sahaja yang tahu. Tapi MatBaek puji Norman Hakim sebab dia lebih ambil langkah mendiamkan diri. Biarpun sering diserang beberapa kenyataan dari Abby Abadi yang boleh mencalar maruahnya.
SENGKETA antara pasangan suami isteri yang suatu masa dulu hidup bahagia tetapi kini pantang nampak muka apabila sudah bercerai, bukan cerita baru.
Terbaru, SS mendengar luahan hati seorang rakan yang juga artis mengenai bekas isterinya. Disebabkan mereka saling mengenali, teman ini melayan juga luahan perasaannya. Katanya, dia begitu kecewa dengan sikap bekas isterinya yang dilihat cuba menyembunyikan kisah sebenar dan hanya bermaksud memburukkan namanya, sedangkan diri sendiri belum tentu bersih daripada kesalahan.
Dia kecewa apabila bekas isterinya sengaja mencari keburukan demi keburukannya yang dibongkar kepada masyarakat. Tidak duduk diam dengan satu kes, timbul pula kes terbaru yang bertujuan mencalarkan namanya, sedangkan sebenarnya bekas isterinya menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku.
Paling dikesali, dia memutarbelitkan fakta seolah-olah dirinya saja yang baik. Rakan SS terkejut apabila dia berkata, bekas isterinya sekarang sudah berada di kemuncak sehingga terlupa kisah silamnya yang dulu diketepikan keluarga sendiri. Segala kemewahan yang dikecapi bekas isterinya bukan kerana usahanya seorang diri, tapi kerana bantuan keluarganya (bekas suami) yang sanggup keluarkan modal bagi membantu. Namun apabila berjaya, dia langsung lupa diri dan melupakan jasa orang yang membantunya.
Paling dia kecewa, bekas isterinya mendakwa berjaya kerana kepandaiannya berniaga tapi yang sebenarnya mengeksploitasi kenalannya untuk kepentingan sendiri. Setelah berjaya, bekas isterinya terus meminggirkan dan melupakan jasa orang yang menolongnya. Katanya, dia tidak puas hati dengan banyak perkara membabitkan harta mereka selepas bercerai. Bukan dia tak pernah ingatkan tapi dia buat-buat tak endah, malah menempelaknya semula.
Disebabkan sering ditekan bekas isterinya dengan pelbagai tuduhan, dia nekad takkan berdiam diri dan sanggup bercerita hal sebenar. Bahkan dia sanggup membawa saksi untuk mengesahkan kebenaran perkara yang terjadi. Bukanlah dia meminta lebih, yang dimintanya supaya bekas isterinya bercakap benar dan tidak memburukkan dirinya sesuka hati.
Teman SS susah nak komen kerana perkara ini membabitkan hal peribadi. Dia hanya mampu mendengar luahan ini kerana tak boleh masuk campur. Namun pada SS, ada baiknya mereka mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya dengan baik. Lagipun mereka ada anak hasil perkahwinan dulu. Sedikit sebanyak, anak pasti tertekan dengan situasi yang berlaku. Bak kata pepatah, pilihlah situasi menang-menang jika boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.
0 comments:
Post a Comment