Pages

Wednesday, January 26, 2011

Hanny kemalangan jalan raya

Ulasan : Kesian Hanny, seorang pelakon dan anak kepada Julie Dahlan. Baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya. Baru melepasi hari2 indah kini Hanny ditimpa dugaan. Terlibat dengan kemalangan. Mujurlah Hanny hanya mengalami kecederaan ringgan. Harapkan Hanny cepat sembuh. Mesti Hanny sedih ada yang buat hebahan bahawa dia mengalami cedra parah akibat kemalangan itu...






MALANG tidak berbau. Itulah realiti yang menimpa pelakon siri Roda-Roda Kuala Lumpur, Hanny atau nama sebenarnya, Siti Hani Nur Zara Harmi, 29, yang terlibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Lebih malang lagi, berita kemalangan pelakon yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jurukamera bebas, Hamzah Talib, 35, itu heboh diperkatakan di laman sosial Twitter, mengalami kecederaan parah sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berang dengan penyebaran berita tidak bertanggungjawab itu, ibunya, Julie Dahlan ketika dihubungi Hitsmenafikan khabar angin yang disebarkan itu.

Malah kata Julie, anaknya yang menerima rawatan di Hospital Ampang itu sebenarnya hanya mengalami cedera ringan.
"Orang berkata begitu mungkin sebab tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya yang melihat anak saya dan memang dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Orang yang pandai-pandai buat cerita. Saya ibunya pun tidak kata sedemikian. Tak betul apa yang dikatakan orang kerana Hanny hanya cedera ringan, keadaannya stabil dan doktor menyuruhnya banyak tidur dan berehat.
"Mereka bercakap mungkin berdasarkan keadaan dan kerosakan kereta Hanny yang teruk . Memanglah keretanya teruk sebab langgar pokok selain kemek, cermin hadapannya juga pecah," kata Julie.

Menurut Julie, anaknya itu terlibat dengan kemalangan di Bukit Antarabangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai sesi pengambaran siri Roda-Roda Kuala Lumpur.

Selain penat, mengantuk dikatakan punca Hanny hilang kawalan kereta Kia miliknya sehingga terbabas melanggar pokok.

Sempat menelefon tunangnya, Julie yang dikhabarkan berita tentang kemalangan itu oleh Hamzah bergegas ke tempat kejadian. Hanny pengsan di dalam kereta sebelum dibawa ke hospital.
Akibat kemalangan itu, kata Julie, Hanny mengalami lebam-lebam di badan selain terpaksa menerima beberapa jahitan kecil di bibir, dahi dan pipi.

"Malang tidak berbau dan perkara sudahpun berlaku. Apapun, saya bersyukur dia selamat dan saya masih belum tahu daripada Hanny apa punca sebenar menyebabkan dia kemalangan," kata Julie
Julie memberitahu atas nasihat doktor, Hanny akan berehat selama dua minggu sebelum menyambung tugas hariannya.

Hanny yang mengikat tali pertunangan dengan Hamzah pada tanggal 1 Januari lalu banyak terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dengan produksi ibunya, JD Production.

0 comments:

Post a Comment