Sunday, January 30, 2011
Teater Muzikal Tun Mahathir 2
Ulasan : Disaat ulasan ini dibuat pasti Teater Muzikal Tun Mahathir 2 sedang dipentaskan di Istana Budaya untuk hari terakhir. Dipentaskan selama 10 hari bermula 21. Januari yang lalu. Pelakon yang terlibat ialah Esma Danial (Tun Mahathir semasa dewasa), Elly Mazlein (Tun Dr Siti Hasmah semasa dewasa), Ezany ( Tun Mahathir semasa remaja), Misha Omar (Tun Dr Siti Hasmah semasa remaja), AC Mizal, Sarimah dah lain-lain. Esma Danial sudah mempamerkan persembahan yang mantap daripada MTM musim pertama lagi. Watak sebagai Tun Mahathir berjaya dibawa. Ezany & Misha Omar dua watak yang baru diwujudkan dalam MTM2 bagi versi Tun Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah semasa muda. Terdapa beberapa akhbar or komen daripada beberapa blogger mengatakan mereka berdua tidak dapat mencari keserasian. Tetapi Misha Omar & Ezany berkata mereka cuba melakukan watak yang diberi dengan baik walaupun latihan dilakukan dalam waktu yang singkat.
Bagi pelakon Elly Mazlein yang membawa watak Tun Dr Siti Hasmah dewasa. Lakonan yang dipamerkan sering dibandingkan dengan pelakon Erra Fazira yang dahulu memenggang watak Tun Dr Siti Hasmah pada musim pertama. Ada beberapa pendapat daripada akhbar tempatan dan blogger mengatakan lakonan Erra lebih menyerlah sebagai Tun Dr Siti Hasmah. Elly yang baru berjinak dalam dunia teater berkata dia menerima kritikan itu, kerana Erra merupakan pelakon yang lebih pengalaman. Beberapa pendapat dalam akhbar serta blogger, mengatakan Elly agak kekok dalam bertutur dalam loghat Kedah. Tetapi Elly sudah menjelaskan didalam BipPop hari ini, dia bukan kekok. tetapi membawa watak Tun Dr Siti Hasmah yang tidak bebarapa fasih dalam loghat Kedah sekadar untuk memerli Tun Mahathir. Itu salah satu babak yang yang dipentaskan. Dalam MTM2 ini, ramai bersepakat mengatakan Sarimah sebagai susur cerita merupakan antara penarik sausana yang menghiburkan. Dengan gaya yang gila serta kostum pakaian yang digunakan menghidupkan lagi perjalanan teater ini. Begitu juga dengan AC Mizal sebagai Aziz, walaupun muncul untuk 5 minit shaja. Tetapi kehadirannya mencuit hati penonton. Tahniah Citra Production yang telah menerbitkan teater ini. Garapan yang lebih kemas daripada MTM1.
Labels:
AC Mizal,
Elly Mazlein,
Erra Fazira,
Esma Danial,
Ezany,
Misha Omar,
Sarimah
0 comments:
Post a Comment