Pages

Friday, December 2, 2011

Tips Atasi Tekanan Jiwa

Bagi nukilan hari ini, saya ingin berkongsi  tips mengatasi atau mengelak berlakunya tekanan jiwa dalam diri. Tekanan jiwa ini, antara masalah yang mudah diperolehi oleh setiap individu. Faktor mempergaruhi belakunya tekanan jiwa ini adalah berpunca daripada kehidupan individu dan persekitaranya. Untuk pengetahuan semua. Tekanan jiwa ini boleh membawa masalah yang lebih serius sekiranya tidak diatasi dengan segera. Ini adalah tips atasi tekanan jiwa, diharapkan tips ini dapat digunakan untuk anda mengelak berlakunya tekanan jiwa atau boleh membantu orang sekeliling yang menghadapi masalah ini.



1. Bersikap realistik dan positif
Apakah masalah itu benar-benar menakutkan atau sekedar khayalan/bayangan kita saja? Apakahakibat buruk daripada masalah itu? dan apa reaksi positif yang bisa kita lakukan? ungkap pertanyaan ini dalam diri kita dan pertimbangkan jawabannya.
2. Menikmati manfaat teknik relaksasi
Teknik relaksasi bisa dilakukan dimana saja, di kantor, mobil, rumah, dll. Langkah-langkahnya seperti berikut ini;
a. duduk tenang dalam posisi yang nyaman
b. penjamkan mata
c. kendurkan semua otot-otot badan
d. tarik nafas melalui hidung dan hembuskan melalui mulut sambil membayangkan kita menyebut “aaa…”
e. lakukan tahapan-tahapan itu selama 10 menit sambil memastikan kita dalam keadaan pasif.
Selain itu tekanan dapat diatasi dengan mengalihkan fikiran, fokus ke hal lain yang dapat membuat kita lebih rileks. Kadangkala sesuatu masalah susah diatasi bukan karena kesulitannya tetapi karena kelelahan otak dalam berfikir, sehingga perlu dipulihkan semula.
3. Senam/Olah raga
Senam adalah cara aktif untuk mencapai ketenangan, senam juga dapat menguatkan tubuh dengan sistem kardiovaskular serta sikap yang positif. Senam juga dapat mengatasi keletihan mental dan fisik, agar dapat mengendurkan otot-otot badan yang tegang. Senam juga dapat merangsang tubuh untuk menghasilkan dan mengedarkan zat endorfin. Zat endorfin adalah 200 kali lebih mujarab memberi ketenangan.
4. Diet yang teratur
Makanan juga berkaitan dengan cara tubuh menghadapi tekanan. Makanan yang bergizi dan menyehatkan dapat memperkuat tubuh dalam menghadapi tekanan. Beberapa pakar menyatakan bahwa vitamin B dan C tambahan bisa memperkuat tubuh menghadapi tekanan.


Thursday, December 1, 2011

Ciri-Ciri Lelaki Idaman Wanita

10 CIRI-CIRI LELAKI YANG MENJADI IDAMAN KAUM PEREMPUAN... BAIKLAH TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN YANG DIHARGAI, dengan tidak melengahkan masa marilah kita ikuti carta top 10 senggol-senggolan kita hari ini yang merupakan satu pengakuan istimewa kaum perempuan untuk diperhatikan dengan penuh teliti lagi berhemat oleh kaum lelaki iaitu satu pengakuan dari satu luahan rasa yang mewakili kaum Hawa tentang... 

 1. LELAKI YANG PRIHATIN - Iaitu mendengar dengan teliti apa yang kami cakap bukan dengar dengan telinga yang kembang aje..dan bukan masuk telinga kiri keluar telinga kanan; sebab cara mendengar begitulah yang biasanya mendorong kaum perempuan jadi membebel, bila dah membebel, panjanglah ceritanya, lepas tu pandai pulak nak menuduh yang kami ni dj baru thr dot fm..kesalahan sendiri tak perasan.. 

 2. LELAKI YANG MENJADI PENAWAR - Iaitu yang rajin dan pandai memberikan kata-kata keramat untuk jadi penawar hati kami; walaupun kurang rupa; tidak mengapa, yang penting kaum perempuan ni sentiasa menghadapi kemungkinan untuk ditimpa sakit dari sakit mata sampai sakit jiwa raga jadi, hatinya amat perlu dijaga; dan hanya kata-kata manis lagi betul susunan nahunya yang datang dari mulut lelaki akan menjadi penawar segala bisa. 

3. LELAKI YANG MEMBERI KEBEBASAN SEWAJARNYA - Kebebasan tu bukan kebebasan yang melanggar batas-batas hukum, tapi memberi kebebasan yang berupa hak . Contohnya bila berada di dalam kedai perabot, kaum perempuan berhak untuk mengangkut sebanyak mana barangan yang dikehendaki, kecuali tey kedai tu..lelaki cuma perlu senyum saja. Jika hendak melarang pun, gunakanlah suara selembut bayu. 

 4. LELAKI YANG BERHATI-HATI - Iaitu berhati-hati dan tidak mudah-mudah saja untuk mengeluarkan kritikan terutama tentang masakan kami. Sebab... ketahuilah ye.. apabila kaum perempuan itu memasak, mereka bukanlah memasak untuk dikritik atau dikomen itu ini, kalau mereka maukan begitu, tentulah mereka memasuki peraduan masakan. Jadi.. biarkanlah mereka sendiri yang mengaku makanan itu tak sedap. Lain daripada itu, sedap tak sedap..'pulun' aje le...!!! 

 5. LELAKI YANG WANGI - Ini adalah seimbang dengan fitrah kaum perempuan yang memang dicipta sebagai makhluk yang cenderung kepada kecantikan dan kebersihan. Oleh itu, kaum lelaki wajar memberi perhatian akan perkara ini. Jagalah fizikal anda, elakkan B.O;apalagi yang kuku berkarat dan selekeh macam pelarian tak cukup kaki. Kalau nak markah lebih tinggi, kenakan wangi-wangian selalu, mandi dan berendamlah dalam botol minyak wangi. 

 6. LELAKI YANG PEMURAH - Dalam erti kata yang lain, lelaki yang pemurah adalah yang sentiasa rela dan redha menyerahkan wang ke tangan perempuan. Bukan untuk dikuasai, tapi inilah cara paling baik untuk kaum perempuan, terutamanya kaum isteri untuk mengawal asap rokok yang disedut suami. Paling penting langkahnya pun tidaklah terlalu panjang dan matanya pun tidaklah terlalu liar untuk memandang perempuan-perempuan lain.

 7. LELAKI YANG TIDAK KISAH - Iaitu lelaki yang tidak ambil kisah sangat samada kaum perempuan ni nak memasak ke, nak membasuh ke, nak mengemas atau pun tidak bila di rumah tu. Malah, lelaki yang masuk dalam kategori lelaki tidak kisah ini adalah kaum lelaki yang memberi kelonggaran sepenuhnya kepada isterinya untuk menjadikan kedai makan sebagai dapur nombor dua mereka. Itulah yang menjadi idaman ramai wanita tu..!!

 8. LELAKI YANG MEMBERI SOKONGAN PADU - Inilah ciri-ciri lelaki yang amat diidamkan perempuan. kongan padu mereka adalah sokongan padu yang amat padat kepada kaum perempuan untuk memanjangkan masa-masa bersidang mereka dengan teman-teman atau jiran tentangga. Apabila mereka mula bersidang, lelaki yang menyokong dengan sepenuh hati tidak sesekali akan bertindak tegas atau mengacau biarpun perut mereka waktu itu sudah berkeroncong; mereka pandai membawa diri dan perut sendiri tanpa perlu menyusahkan isteri. Sungguh bertuah siapa yang memiliki dia kan...!! 

 9. LELAKI YANG CINTAKAN KEDAMAIAN - Apabila seseorang lelaki itu bersifat cintakan damai, maka tenanglah hidup mereka bersama wanita pilihan. Contohnya, tidaklah lagi akan kedengaran perbalahan atau undian balik kampung siapa di musim-musim raya . Lelaki begini amat memahami dan sedar bahawa isterinya telah bertungkus-lumus menjaga anak dan jaga rumah jadi, sentiasa balik kampung isteri adalah hadiah terbaik. Cukuplah setengah hari setahun aje balik kampung sendiri; daripada tak balik langsung dan daripada bergaduh beramuk...lebih baik...beralah kan.. 

 10. LELAKI YANG MENYERAHKAN KUASA VETONYA - Inilah ciri lelaki yang menjadi buruan kaum perempuan..jika mereka sanggup menyerahkan kuasa veto ke tangan wanita..mereka akan menjadi lebih macho dan hensem daripada Brat Pitt atau Nicholas Cage di mata wanita . Kuasa Veto yang diserahkan itu adalah kuasa veto untuk menentukan samada lelaki yang jadi suami mereka tu boleh pasang 2,3,4 atau tidak. Selain itu wanita juga diberi kuasa veto untuk menentukan siapa kawan-kawan suami mereka; ini untuk pastikan suami tak terikut-ikut perangai yang tak elok. Dengan kuasa veto ini juga beerti kita, kaum wanita berhak sepenuhnya untuk meminta kaum lelaki membuat karangan bertajuk "BILA DAN DI MANA SAYA BERADA HARI INI" setiap kali mereka berhadapan dengan isteri , tunangan atau kekasih mereka.

 ADA APA-APA PERBEZAAN??? Kalau anda tak terasa apa-apa mengikuti carta tersebut.. janganlah khuatir, ia tak bermakna anda telah di lali, bebal atau kebal...Ingatlah, semua tu hanyalah CIRI-CIRI LELAKI IDAMAN.... bila kata idaman..ia memang amat jarang menjadi kenyataan kan...jadi...kita simpulkan aje carta kita ni dengan satu mutiara kata...pun..ehsan Cik Tona jugak ni...iaitu mutiara kata yang berbunyi... 

"SESUNGGUHNYA..LIDAH WANITA ITU AKAN MENJADI SEMAKIN TAJAM APABILA LIDAH LELAKI MENJADI SEMAKIN BERCABANG!!!"


Wednesday, November 30, 2011

Ombak Rindu

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku


Tuhan aku tahu banyak dosaku
Hanya ingat Kamu kala dukaku
Namun hanya Kamu yang mampu membuka
Pintu hatinya ‘tuk cintaku



Malam kau bawalah rinduku
Untuk dirinya yang jauh dariku
Agar dia tidak kesepian
Selalu rasa ada cinta agung


Hujan bawa air mataku
Yang mengalir membasuh lukaku
Agar dia tahu ku tersiksa
Tanpa cinta dia di hatiku

Hanya mampu berserah
Moga cahaya tiba nanti

Tuhan tolong lembutkan hati dia
Untuk terima ku seadanya
Kerna ku tak sanggup
Kerna ku tak mampu
Hidup tanpa dia di sisiku

Lirik lagu ost untuk filem Ombak Besar yang dinyanyikan oelh Hafiz AF dan Adira AF. Gandingan yang mantap. Alunan muzik, lirik, vocal memberi tarikan bahawa filem ini harus di tonton. Mengambarkan sebuah karya yang hebat.


Akan berada di pawangam 1 Disember 2011. Jangan lepaskan peluang menonton filem ini. !!!

Sebelum kita pergi menonton filem mari kita baca sinopsis filem ini dan mengenali watak-watak di dalam filem ini...

Tajuk Filem:
Ombak Rindu

Pengarah: Osman Ali
Penerbit: Astro Shaw Sdn. Bhd.
Dipawagam: 01 Disember 2011
Pelakon Ombak Rindu:
Aaron Aziz
Maya Karin
Lisa Surihani
Bront Palarae
Azizah Mahzan
Zaidi Omar
Normah Damanhuri



Sinopsis Ombak Rindu:- filem yang diadaptasikan daripada novel Ombak Rindu ini mengisahkan tentang perjalanan cinta dua insan, Izzah dan Hariz dari dua dunia yang berbezadan mereka terpaksa menempuh pelbagai rintangan sebelum menemui kebahagiaan. Izzah adalah gadis kampung yang telah dijual oleh bapa saudaranya kepada sebuah kelab hiburan di K.L untuk dijadikan pelacur. Seorang pemuda, Hariz anak Datuk Sufiah, pemilik empayar perniagaan SUFIAH CEMERLANG telah mermbeli Izzah dari pemilik kelab tersebut untuk dijadikan perempuan simpanan, namun Izzah telah merayu Hariz supaya menikahinya untuk menghalalkan hubungan mereka.
Hariz setuju dengan syarat Izzah tidak menuntut sebarang hak sebagai isteri. namun selepas itu, hariz yang kasar dan panas baran telah jatuh cinta dengan Izzah yang penuh dengan kelembutan. hariz kemudian terpaksa menikahi Mila, kawan zaman persekolahannya setelah didesak oleh Datuk Sufiah dan Mila yang amat mencintainya. Semasa Hariz koma dihospital akibat kemalangan jalan raya, Datuk Sufiah telah menghalau Izzah keluar dari bungalow Hariz dan merampas telefon bimbit Izzah.
Setelah keluar dari hospital, Datuk Sufiah memberitahu Hariz yang Izzah telah menjalani hubungan dengan lelaki lain. Hariz yang marah telah memberitahu Izzah bahawa dia akan digantung tidak bertali semasa terserempak dengan Izzah di rumah pak Dollah, pemandu keluarga Datuk Sufiah. Izzah kemudian kembali ke kampungnya. Pak Dollah yang marah dengan Datuk Sufiah telah memecahkan rahsia bahawa hariz adalah anaknya yang telah diserahkan kepada suami Datuk Sufiah untuk dijadikan anak angkat serta memberitahu Hariz bahawa Izzah tidak bersalah. Hariz yang menyesal dan amat rindukan Izzah telah pergi ke kampung Izzah untuk memujuk supaya kembali kepangkuannya. Mila datang ke kampung Izzah dan menuntut cerai dari Hariz. Filem ini berakhir dengan Izzah dan Hariz menjalani hidup bahagia tanpa rahsia lagi.
Semoga rakan-rakan semua menikmati hidangan filem ini...
Selamat menonton dan sokong hasil kerja rakyat Malaysia

Samsung Galaxy W

Pada 26.11.11 saya telah membeli Samsung Galaxy W di LTYN COMMUNICATION di Terminal One Shooping Centre. Saya membuat pembelian di kedai ini karana harga yang ditawarkan cukup murah berbanding di tempat yang lain serta saya berpuas hati di atas penerangannya. Harga phones sahaja RM900 dengan 4GB terbina di dalam. Saya hanya menambah RM30 untuk slot memory tambahan 4GB dan RM70 untuk antivirus. Keseluruhanya saya telah mengeluarkan modal sebanyak RM1000 untuk memperolehi smartphones ini. Disebabkan produk baru dikeluarkan. Tidak banyak aksesori yang diperolehi. Basic yang saya dapat hanya earphones, changer, n usb cable. Saya diberi perlindungan screen secara percuma dan lagu-lagu serta games and application. Di sini juga saya telah mendapat jaminan selama 2 tahun untuk HP dan 2 tahun untuk anti virus. Setakat hari ini saya amatlah berpuas hati dengan ciri-ciri yang terdapat di dalam Samsung Galaxy W ini. Terdapat 2 pilihan warna putih dan hitam. Saya memilih warna hitam untuk kesenangan menjaga. Jom kita review ciri-ciri yang terdapat di dalam Samsung Galaxy W.....

Samsung’s GALAXY W delivers a chock-full of features in a stylish high performance mobile that takes you from home to the office and in between with the greatest of ease. Whether you’re surfing the web at high speeds, holding important WebEx meetings on a business trip, enjoying some downtime by playing HD games, this mobile has everything you need to stay socially connected, entertained with rich contents service and AllShare connectivity, and seamlessly synced and productive for work no matter where you are! Be the envy of everyone around you with the new GALAXY W!


Powerful Perfomance


With a 1.4GHz CPU, this mobile operates rich applications and tasks with ease. Applications load quickly and multi-tasking is easier than ever with no lag time! Faster, better and more powerful.

Rich Contents Services : Social and Game Hubs


Enjoy easy access to socialising, music entertainment and gaming directly from the mobile. Each hub is a centralised hub allowing you to compose messages from one location, do more on Facebook, LinkindIn and Twitter, stream songs before you purchase, access to premium HD-quality games with social network interaction, and gaming news.


Seamless Connectivity


Samsung GALAXY W brings seamless connectivity to your mobile life. Kies Air enables you to manage mobile data, sync email accounts and even share playlists amongst PC / Mac, mobile and tablet – all without cumbersome wires!


Sleek & Modern Design


Spacious 3.7" touch screen showcases graphics, games, text, video and more comfortably and sleek design that slips easily into the palm or the pocket.


UX Improvements


Improved UX includes better icons, streamlined menus, intuitive navigation, and enhanced interaction allowing you to better enjoy the mobile’s Hub services, Kies-Air, AllShare integration, Camera, etc.


Exchange Active Syns



Comprehensive PIM synchronisation with Exchange ActiveSync keep your email, contacts, calendars and tasks up to date.

Saturday, April 9, 2011

Elly Mazlein - Please Forgive Me



Elly Mazlein - Please Forgive Me

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

Teryata ku harus meninggalkan
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya


Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku

Tak pernah terbayang sebelumnya
Denganmu telah berakhir di sini
Semoga kau dapat merelakan
Dan melupakan semua tentangku

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

Teryata ku harus meninggalkan
Semua kenangan bersamamu
Maafkan ku memilih dirinya
Kerna ku tak mampu menolaknya

Selamat tinggal kekasih
Kau kan selalu ada
Di atas hatiku

Dan bila aku yang salah
Please forgive me my love
I just want you to know
You always in my heart

You always in my heart

Sunday, January 30, 2011

Peperangan Fasha Sandha & Nora Danish Kembali!!



Ulasan : Nora Danish & Fasha Sandha. Merupakan dua pelakon yang sering dilanda kontroversi. Satu persatu dugaan muncul dalam kehidupan mereka. Sering menyalahkan antara satu sama lain. Semua ini terjadi kerana mereka pernah menjalinkan hubungan dengan lelaki bernama Jejai. Jejai merupakan bekas suami Nora Danish. Fasha Sandha dikatakan punca perceraian mereka. Masyarakat bersimpati terhadap Nora Danish yang diceraikan semasa sedang sarat mengandungkan anak sulung mereka berdua. Masyarakat telah menyalahkan Fasha Sandha diatas perceraian tersebut. Pelbagai cemuhan dan gelaran yang telah dilemparkan terhadap Fasha.

Bebarapa lama kemudian, Fasha muncul di dada akhbar mengistiharkan dia dan Jejai sebagai kekasih. Ini seolah-olah telah membuktikan kesalahan yang dibuat, walaupun selama ini dia menafikan bahawa dia punca penceraian antara Nora Danish & Jejai.

Percintaan Fasha Sandha & Jejai sering menjadi liputan wartawan dan masyarakat dan kebanyakkan akan berkait dengan Nora Danish. Kesimpulannya, nama Fasha, Nora & Jejai tidak boleh dipisahkan.

Kini dunia hiburan kita bergegar berita perpisahan Fasha & Jejai. Sekali lagi nama Fasha, Jejai & Nora mendapat liputan meluas didada akhbar tempatan & buah mulut masyarakat. Jika dahulu Fasha dikatakan punca perceraian Nora & Jejai. Kini, Nora pula dikatakan punca perpisahan percintaan Fasha & Jejai. Didada akhbar yang kita lihat sekarang seolah mereka menyalahkan antara satu sama lain. Seolah-olah peperangan ketika dulu masih belum menemui penamatnya. Fasha telah mengeluarkan kenyataan behawa dia reda perpisahan dengan Jejai dan mengambil langkah berdiam diri serta meminta Nora Danish henti membuat kenyataan. Manakala Nora Danish bersyukur bekas suaminya telah menyatakan bahawa dia bukan punca perpisahan mereka.

Perseoalannya,
1) Adakah perpisahan ini merupakan pembalasan terhadap Fasha akibat meroboh rumah tangga Nora?
2) Adakah Nora penyebab perpisahan Fasha untuk membalas dendam atau untuk kembali ke pangkuan Jejai?

Apapun hanya mereka yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya. Diharap satu hari mereka akan berbaik semula. Dalam Pancaindera hari ini, Nora Danish berkata, mungkin akan ada perdamaian antara mereka satu hari nanti. Cuma ia bukan sekarang.

Teater Muzikal Tun Mahathir 2





Ulasan :  Disaat ulasan ini dibuat pasti Teater Muzikal Tun Mahathir 2 sedang dipentaskan di Istana Budaya untuk hari terakhir. Dipentaskan selama 10 hari bermula 21. Januari yang lalu. Pelakon yang terlibat ialah Esma Danial (Tun Mahathir semasa dewasa), Elly Mazlein (Tun Dr Siti Hasmah semasa dewasa), Ezany ( Tun Mahathir semasa remaja), Misha Omar (Tun Dr Siti Hasmah semasa remaja), AC Mizal, Sarimah dah lain-lain. Esma Danial sudah mempamerkan persembahan yang mantap daripada MTM musim pertama lagi. Watak sebagai Tun Mahathir berjaya dibawa. Ezany & Misha Omar dua watak yang baru diwujudkan dalam MTM2 bagi versi Tun Mahathir & Tun Dr Siti Hasmah semasa muda. Terdapa beberapa akhbar or komen daripada beberapa blogger mengatakan mereka berdua tidak dapat mencari keserasian. Tetapi Misha Omar & Ezany berkata mereka cuba melakukan watak yang diberi dengan baik walaupun latihan dilakukan dalam waktu yang singkat.

Bagi pelakon Elly Mazlein yang membawa watak Tun Dr Siti Hasmah dewasa. Lakonan yang dipamerkan sering dibandingkan dengan pelakon Erra Fazira yang dahulu memenggang watak Tun Dr Siti Hasmah pada musim pertama. Ada beberapa pendapat daripada akhbar tempatan dan blogger mengatakan lakonan Erra lebih menyerlah sebagai Tun Dr Siti Hasmah. Elly yang baru berjinak dalam dunia teater berkata dia menerima kritikan itu, kerana Erra merupakan pelakon yang lebih pengalaman. Beberapa pendapat dalam akhbar serta blogger, mengatakan Elly agak kekok dalam bertutur dalam loghat Kedah. Tetapi Elly sudah menjelaskan didalam BipPop hari ini, dia bukan kekok. tetapi membawa watak Tun Dr Siti Hasmah yang tidak bebarapa fasih dalam loghat Kedah sekadar untuk memerli Tun Mahathir. Itu salah satu babak yang yang dipentaskan. Dalam MTM2 ini, ramai bersepakat mengatakan Sarimah sebagai susur cerita merupakan antara penarik sausana yang menghiburkan. Dengan gaya yang gila serta kostum pakaian yang digunakan menghidupkan lagi perjalanan teater ini. Begitu juga dengan AC Mizal sebagai Aziz, walaupun muncul untuk 5 minit shaja. Tetapi kehadirannya mencuit hati penonton. Tahniah Citra Production yang telah menerbitkan teater ini. Garapan yang lebih kemas daripada MTM1.

Wednesday, January 26, 2011

Hanny kemalangan jalan raya

Ulasan : Kesian Hanny, seorang pelakon dan anak kepada Julie Dahlan. Baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jejaka pilihannya. Baru melepasi hari2 indah kini Hanny ditimpa dugaan. Terlibat dengan kemalangan. Mujurlah Hanny hanya mengalami kecederaan ringgan. Harapkan Hanny cepat sembuh. Mesti Hanny sedih ada yang buat hebahan bahawa dia mengalami cedra parah akibat kemalangan itu...






MALANG tidak berbau. Itulah realiti yang menimpa pelakon siri Roda-Roda Kuala Lumpur, Hanny atau nama sebenarnya, Siti Hani Nur Zara Harmi, 29, yang terlibat kemalangan jalan raya baru-baru ini. Lebih malang lagi, berita kemalangan pelakon yang baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan jurukamera bebas, Hamzah Talib, 35, itu heboh diperkatakan di laman sosial Twitter, mengalami kecederaan parah sehingga terpaksa dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU).

Berang dengan penyebaran berita tidak bertanggungjawab itu, ibunya, Julie Dahlan ketika dihubungi Hitsmenafikan khabar angin yang disebarkan itu.

Malah kata Julie, anaknya yang menerima rawatan di Hospital Ampang itu sebenarnya hanya mengalami cedera ringan.
"Orang berkata begitu mungkin sebab tak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Saya yang melihat anak saya dan memang dia tidak mengalami kecederaan yang serius.

"Orang yang pandai-pandai buat cerita. Saya ibunya pun tidak kata sedemikian. Tak betul apa yang dikatakan orang kerana Hanny hanya cedera ringan, keadaannya stabil dan doktor menyuruhnya banyak tidur dan berehat.
"Mereka bercakap mungkin berdasarkan keadaan dan kerosakan kereta Hanny yang teruk . Memanglah keretanya teruk sebab langgar pokok selain kemek, cermin hadapannya juga pecah," kata Julie.

Menurut Julie, anaknya itu terlibat dengan kemalangan di Bukit Antarabangsa ketika dalam perjalanan pulang ke rumah setelah selesai sesi pengambaran siri Roda-Roda Kuala Lumpur.

Selain penat, mengantuk dikatakan punca Hanny hilang kawalan kereta Kia miliknya sehingga terbabas melanggar pokok.

Sempat menelefon tunangnya, Julie yang dikhabarkan berita tentang kemalangan itu oleh Hamzah bergegas ke tempat kejadian. Hanny pengsan di dalam kereta sebelum dibawa ke hospital.
Akibat kemalangan itu, kata Julie, Hanny mengalami lebam-lebam di badan selain terpaksa menerima beberapa jahitan kecil di bibir, dahi dan pipi.

"Malang tidak berbau dan perkara sudahpun berlaku. Apapun, saya bersyukur dia selamat dan saya masih belum tahu daripada Hanny apa punca sebenar menyebabkan dia kemalangan," kata Julie
Julie memberitahu atas nasihat doktor, Hanny akan berehat selama dua minggu sebelum menyambung tugas hariannya.

Hanny yang mengikat tali pertunangan dengan Hamzah pada tanggal 1 Januari lalu banyak terlibat dalam kerja-kerja belakang tabir dengan produksi ibunya, JD Production.

Bekas isteri lupa daratan

Ulasan : Bila MatBaek baca ruangan SosehSoseh : Bekas isteri lupa daratan didalam bahagian RAP dalam Harian Metro. Perkara pertama MatBaek fikir SosehSoseh ini ditujukan buat Abby Abadi & Norman Hakim. Situasi dalam ruangan ini sama dengan situasi Abby Abadi. Itu pendapat MatBAek la... Jika dilihat dalam majalah, suratkhabar ada sahaja cerita dari Abbby Abadi tetang keburukan Norman Hakim. Padahal Norman Hakim senyap dan tak pernah keluar kenyataan memburukkan bekas iserinya. Tetapi ia berlaku disebaliknya. Apapun ini semua hanya mereka sahaja yang tahu. Tapi MatBaek puji Norman Hakim sebab dia lebih ambil langkah mendiamkan diri. Biarpun sering diserang beberapa kenyataan dari Abby Abadi yang boleh mencalar maruahnya. 



SENGKETA antara pasangan suami isteri yang suatu masa dulu hidup bahagia tetapi kini pantang nampak muka apabila sudah bercerai, bukan cerita baru.
Terbaru, SS mendengar luahan hati seorang rakan yang juga artis mengenai bekas isterinya. Disebabkan mereka saling mengenali, teman ini melayan juga luahan perasaannya. Katanya, dia begitu kecewa dengan sikap bekas isterinya yang dilihat cuba menyembunyikan kisah sebenar dan hanya bermaksud memburukkan namanya, sedangkan diri sendiri belum tentu bersih daripada kesalahan.

Dia kecewa apabila bekas isterinya sengaja mencari keburukan demi keburukannya yang dibongkar kepada masyarakat. Tidak duduk diam dengan satu kes, timbul pula kes terbaru yang bertujuan mencalarkan namanya, sedangkan sebenarnya bekas isterinya menyembunyikan perkara sebenar yang berlaku.
Paling dikesali, dia memutarbelitkan fakta seolah-olah dirinya saja yang baik. Rakan SS terkejut apabila dia berkata, bekas isterinya sekarang sudah berada di kemuncak sehingga terlupa kisah silamnya yang dulu diketepikan keluarga sendiri. Segala kemewahan yang dikecapi bekas isterinya bukan kerana usahanya seorang diri, tapi kerana bantuan keluarganya (bekas suami) yang sanggup keluarkan modal bagi membantu. Namun apabila berjaya, dia langsung lupa diri dan melupakan jasa orang yang membantunya.

Paling dia kecewa, bekas isterinya mendakwa berjaya kerana kepandaiannya berniaga tapi yang sebenarnya mengeksploitasi kenalannya untuk kepentingan sendiri. Setelah berjaya, bekas isterinya terus meminggirkan dan melupakan jasa orang yang menolongnya. Katanya, dia tidak puas hati dengan banyak perkara membabitkan harta mereka selepas bercerai. Bukan dia tak pernah ingatkan tapi dia buat-buat tak endah, malah menempelaknya semula.

Disebabkan sering ditekan bekas isterinya dengan pelbagai tuduhan, dia nekad takkan berdiam diri dan sanggup bercerita hal sebenar. Bahkan dia sanggup membawa saksi untuk mengesahkan kebenaran perkara yang terjadi. Bukanlah dia meminta lebih, yang dimintanya supaya bekas isterinya bercakap benar dan tidak memburukkan dirinya sesuka hati.

Teman SS susah nak komen kerana perkara ini membabitkan hal peribadi. Dia hanya mampu mendengar luahan ini kerana tak boleh masuk campur. Namun pada SS, ada baiknya mereka mencari kata sepakat untuk menyelesaikannya dengan baik. Lagipun mereka ada anak hasil perkahwinan dulu. Sedikit sebanyak, anak pasti tertekan dengan situasi yang berlaku. Bak kata pepatah, pilihlah situasi menang-menang jika boleh memberi kebaikan kepada semua pihak.

Nora Danish & Jejai takkan Rujuk!!

Ulasan : Mungkin Nora Danish sudah menarik lafaz lega. Setelah membaca penjelasan yang dibuat oleh bekas suaminya. Sekurang-kurangnya bekas suaminya sudah pun menjelaskan bahawa dia bukan punca perpisahan ex-suami dengan Fasha. Nampak gayanya harapan peminat Nora tidak dapat melihat mereka rujuk kembali. Ini kerana Jejai telah membuat pengakuan bahawa Nora dalam proses mengenali seseorang. Nora juga mengakui perkara tersebut. Diharapkan mereka berdua akan menemui jodoh masing-masing. 



Oleh Muhd Izawan Baharin dan Riduan Abd Rahman

KUALA LUMPUR: “Saya lega kerana Jejai sudah menceritakan perkara sebenar,” kata aktres Nora Danish (gambar) berhubung kenyataan bekas suaminya yang menegaskan dia tidak ada kaitan dengan perpisahan ahli perniagaan itu dengan pelakon Fasha Sandha.
“Saya nafikan gosip yang mengaitkan percutian saya dengan keluarga Jejai di Jepun sebagai punca perpisahan mereka sedangkan hubungan sudah putus dua bulan sebelum itu,” katanya. 
Nora atau nama sebenar, Nora Danish Mohd Hanif, 29, berkata dia perlu bertegas dalam perkara itu kerana tidak mahu namanya dikaitkan lagi.

“Saya tidak mahu orang salah faham dan mengaitkan saya dalam perkara itu. Saya kena bertegas kerana sampai bila-bila pun saya akan dikaitkan dengan perkara ini,” katanya.

Nora berkata, sebelum ini dia sedih kerana sering dikatakan masuk campur dalam hubungan Jejai atau Rizal Ashram Ramli, 34, dengan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27.

“Saya sedar ada spekulasi yang sering mengaitkan nama saya kononnya mengganggu hubungan mereka.

“Walaupun gosip itu tidak menyebut nama, saya sedar ia ditujukan kepada saya tetapi saya cuma diam dan membiarkan masa menentukan. Sekarang sudah jelas dan terjawab,” katanya yang dihubungi, semalam.

Menurutnya, dia tidak ada hak untuk masuk campur dalam urusan perhubungan Jejai dengan Fasha kerana mereka bukan lagi suami isteri.

“Kami sudah lama bercerai dan kalau satu hari nanti mereka ditakdirkan berkahwin pun saya tidak ada sebarang masalah.

“Saya sendiri mengaku sedang mengenali seseorang ketika ini seperti yang Jejai katakan dalam akhbar hari ini (semalam),” katanya.

Nora berkata, sebelum mereka bercuti di Jepun pada 30 Disember lalu, Jejai ada menceritakan kepadanya hubungannya dengan Fasha sudah dua bulan berakhir.

“Saya cuma mendengar saja kerana saya tidak mahu mengambil tahu tetapi bersyukur kerana Jejai memberi kenyataan tidak mengaitkan saya dan saya tidak tahu mengenai kenyataan itu sehinggalah membacanya di akhbar.

“Sebelum ini saya sedih kerana ada sesetengah orang hanya mendengar pandangan sebelah pihak saja dan membuat spekulasi sendiri tanpa meminta penjelasan saya,” katanya.

Mengenai kenyataan Fasha, Jejai masih menghubunginya dan menghantar SMS sepanjang ahli perniagaan itu bercuti, Nora berkata, dia tidak tahu apa-apa.

“Mereka sudah putus dua bulan sebelum kami pergi Jepun, kalau Jejai hantar pun mungkin sebagai kawan yang bertanya khabar.

“Selepas hampir tiga tahun bercerai, ini kali pertama saya mengikut keluarga bekas suami bercuti,” katanya.

Tuesday, January 25, 2011

Fasha & Jejai putus cinta!!!

Ulasan : Sudah tiada jodoh antara Fasha Sandha dengan Jejai (merupakan bekas suami Nora Danish). Mungkin tiada jodoh antara ini. Jejai telah membuat pengesahan status hubungan mereka melalui wartawan Hmetro. Jom kita ikuti maklumat MatBaek perolehi ini. 




Oleh Rudy Imran Shamsudin
imran@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama mengambil sikap tunggu dan lihat, Rizal Ashram Ramli, 34, atau Jejai semalam mengesahkan hubungannya dengan pelakon Fasha Sandha sudah berakhir dan pada masa sama menegaskan bekas isterinya, Nora Danish sama sekali tiada kaitan dengan perpisahan itu.
“Dia (Nora Danish) tidak pernah masuk campur urusan peribadi saya. Apa yang berlaku antara saya dan Fasha sehingga menyebabkan kami berpisah tiada kena mengena dengan orang lain,” katanya menerusi e-mel yang dihantar kepada wartawan Harian Metro, semalam.
Kenyataan Jejai itu sekali gus menamatkan teka-teki yang sebelum ini dicetuskan Fasha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan, 27, apabila berkata hanya dia dan Jejai yang tahu mengenai status terkini perhubungan cinta mereka.

Kiriman e-mel Jejai itu juga secara tidak langsung membersihkan nama Nora atau nama sebenarnya Nora Danish Mohd Hanif, 29, yang sebelum ini didakwa menggunakan keluarga bekas mentuanya untuk memutuskan hubungan Jejai dan Fasha.

Jejai berkata, dia terpaksa membuat kenyataan dan penjelasan mengenai status perhubungannya dengan Fasha berikutan terlalu banyak fakta tidak betul mengenai mereka diperkatakan media dan di Internet, biarpun dalam bentuk gosip.

“Walaupun dalam penulisan (gosip di akhbar) tidak menamakan artis berkenaan, tapi sesiapa yang membaca pasti akan mengetahui siapa artis yang dimaksudkan. Sebenarnya ia tidak pernah berlaku seperti ditulis.

“Dakwaan dia (Nora Danish) menggunakan keluarga saya untuk memisahkan (saya dan Fasha) tidak pernah berlaku. Apa yang berlaku dalam keluarga saya, saya tahu semuanya,” kata Jejai menerusi e-melnya.

Jejai turut menegaskan dakwaan mengatakan Nora gila talak amat keterlaluan.

“Saya pasti dia (Nora Danish) tidak pernah gila talak. Dia sedang mengenali seseorang, malahan saya mengenali lelaki itu. Dia seorang yang baik dan dihormati. Fasha juga tidak pernah mengugut saya. Itu adalah pasti. Dia bukan seorang yang berkelakuan begitu,” katanya.

Jejai turut menegaskan kenyataan diberikan mengenai isu perhubungan cintanya itu yang terakhir dan berharap ia tidak lagi diperkatakan atau ada pihak cuba menjadikan ia sebagai satu isu.

Sunday, January 23, 2011

Persembahan Live Elly Mazlein : Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan



Ulasan : Elly Mazlein atau nama sebenarnya ialah Sharifah Aida Mazlina Bt Syed Hanafi. Pada awal kemunculan, Elly dikenali sebagai seorang penyanyi. Pernah hit dizaman kegemilangan sebagai artis rakaman dengan lagu Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan, Bungaku Bakawali & Bicara Kasih. Tetapi dimana silapnya langkah Elly sebagai penyanyi seolah terhenti disaat orang sekeliling masih menghargai vocalnya.

Usah Di Tambah Bara Yang Tersimpan daripada petikan album keduanya berjaya menaikkan nama Elly Mazlein. Elly popular tetapi tiada banyak tawaran persembahan terbuka yang diperlolehinya. MatBaek jarang melihat Elly menyanyi secara live. Mungkin Elly banyak menerima tawaran ahli-ahli koporat. Inilah atau video yang diuploadkan oleh Jai25 di laman sesawang youtube. Para peminat Elly Mazlein pasti mahu melihat kebolehan Elly menyanyi secara live. Kerana bagi MatBaek kepuasan melihat atau mendengar persembahan secara live adalah berbeza. Jadi MatBaek mempersembahkan persembahan Elly Mazlein secara live petikan separuh akhir Juara Lagu tahun 2000. Dibawah disertakan lirik lagu ini. Semoga para peminat Elly Mazlein terubat rindu nyanyian Elly ini. Enjoy ya!!!

Lirik : Usah DiTambah Bara Yang Tersimpan

Tak sanggupku berdepan
Tak ingin memandang
Tergambar kepahitan semalam
Terhiris perasaan
Ku pernah dibiarkan
Tiada khabar yang kau kirimkan

Pinggan untuk perhiasan rupanya pecah di tepi
Tidak elok andainya dibuat hidangan
Apa pula kata tetamu yang datang
Itulah umpama kisah silam
Usah diungkit sengaja dibesarkan
Demi menutup kesilapanmu
Demi memohon kemaafanku

Tertutup sudah pintu hatiku
Tak usah engkau memujuk rayu
Biarpun berpisah nyawa dan badan
Sudah bersumpah tidak berdepan

Mendengar namamu bagai memikul beban
Mendidihlah kemarahan yang terpendam
Itu belum lagi kita berdepan
Lebihlah elok jika dibiarkan
Kemarahanku reda sendiri
Usah ditambah bara yang tersimpan

Walaupun berbagai rencana engkau lakukan
Sedikit pun tidak melembutkan hati
Malah makin tebal kebenciaanku
Serta marahku tiada berkesudahan
Biarlah aku menanggung sendiri
Segala dosa kerana membencimu

Download : Usah DiTambah Bara Yang Tersimpan-Elly Mazlein

Bagai kain buruk : KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya

 Ulasan : Apa lah nak jadi dengan isteri-isteri sekarang semakin berani. MatBaek rasa mereka dah terlupa bahawa syurga dibawah tapak kaki suami. Wei lupa ker???? Sadis ngak MatBaek baca puisi si suami ni..... MatBaek terkenang pulak zaman-zaman dulu. Berita-berita dulu mengisahkan kejadian seperti ini terjadi terhadap wanita. Sehingga mereka mengharapkan si suami memberi layan yang adil. Tetapi sekarang sudah terbalik.

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN
mizan@hmetro.com.my

APALAH nasib seorang suami apabila isteri yang dikahwini atas dasar cinta bersikap ala samseng apabila sering mengungkapkan perkataan sumpah seranah seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus terhadap suaminya. Bukan saja suami, keluarga suami turut menerima nasib sama.
Lebih 10 kali juga isterinya meminta cerai selepas memulakan pergaduhan dengan alasan si suami lambat mengangkat panggilan telefon dan membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) dihantarnya.
Atas alasan lambat mengangkat telefon dan membalas SMS itu juga, barangan peribadi termasuk hak milik syarikat tempat si suami bekerja, dirosakkan si isteri.

Paling memilukan si suami, pernah satu ketika isterinya mengejutkannya daripada tidur menggunakan kaki. Ikuti luahan Razman, 30, kepada wartawan Metro Ahad, ASMIZAN MOHD SAMIRAN mengenai kisah dukanya memperisterikan ‘wanita samseng’ sebagai pengajaran kepada masyarakat.

Bagi membuktikan dakwaannya, Razman menghubungi beberapa ahli keluarga, rakan dan jiran supaya wartawan mengetahui sendiri kebenaran kisahnya.

“Mahligai perkahwinan kami dibina atas dasar suka sama suka. Lima tahun berkenalan membuatkan saya mengimpikan hidup bahagia dengannya. Sepanjang berkenalan hinggalah bertunang dalam tempoh itu, memang ada pergaduhan dan beberapa kali saya dimakinya, namun dia (isteri) meminta maaf dan berjanji untuk berubah.

Saya terima dia dengan hati terbuka dengan harapan dia berubah. Namun selepas bergelar suami isteri, dugaan demi dugaan menimpa saya. Hari bersanding dia sudah buat hal.

Saya dan keluarga tiba lewat sedikitpun dia menengking. Rakan saya datang dari jauh mahu mengambil gambar bersama pun dia naik angin sambil berlalu dengan jelingan benci. Malu saya dengan rakan yang hadir.

Selepas sebulan hidup bersama, saya lihat perangainya semakin menjadi-jadi. Jika saya lambat mengangkat telefon atau membalas SMS, dia mengamuk. Bukan mengamuk biasa, tetapi sampai minta cerai.

Walhal, saya bukan tidak menjawab panggilan atau SMS dihantarnya, tetapi lambat jawab kerana ketika itu bermesyuarat atau berbincang dengan majikan.

Dia tuduh saya lambat jawab telefon atau SMS sebab ada perempuan lain. Atas sebab itu dia minta cerai. Ikutkan hati saya nak ceraikan saja, tetapi saya masih waras dan sayangkannya.

Saya buat tak tahu saja dan keluar rumah seketika bagi meredakan keadaan. Apabila pulang, saya pujuk dan sejukkan hatinya, OK lah dia sikit. Namun, perangai samsengnya tak berubah.

Kalau marah, habis disumpah seranahnya saya. Perkataan seperti babi, bodoh, tolol, pergi jahanam dan pergi mampus sentiasa diungkapkan kepada saya. Tak puas sumpah seranah menerusi mulut, dia SMS kepada saya.

Bukan saja kepada saya, tetapi juga adik-beradik dan beberapa rakan saya. Malu saya dibuatnya. Antara SMS mengatakan saya jantan tak guna, menyesal kahwin dengan saya, jangan ingat anak dalam kandungan akan menjadi milik saya dan pergi jahanam.

Saya cuba mengambil pendekatan tegas dengan menegur perbuatannya. Apabila ditegur, dia sesuka hati keluar rumah. Pernah sekali dia hilang empat hari, katanya pergi kerja, tetapi rupa-rupanya balik kampung tanpa pengetahuan saya.

Risaunya saya ketika itu hanya Allah SWT yang tahu. Saya risau sebab dia mengandung. Selepas itu baru saya sedar, ibu dan ayahnya kerap masuk campur dengan hal rumah tangganya. Saya menemui SMS daripada ibu mentua di dalam telefon bimbit isteri.

Mentua ‘mengajar’nya supaya meletakkan ‘air penawar’ di dalam makanan atau minuman saya supaya saya tunduk dengan isteri.

Lebih menyedihkan saya, satu lagi SMS ditulis ibunya menuduh saya mencuri barangan isteri untuk dibuat ‘guna-guna’ supaya isteri tunduk kepada saya.

Isteri saya bukan saja memusuhi saya tetapi keluarga saya. Sepanjang bergelar isteri kepada saya, dia tidak pernah berkunjung ke rumah mentuanya. Pernah satu ketika ketika abang saya datang ke rumah saya, isteri memaki abang saya, antaranya dengan perkataan ‘kepala mak kau aku pijak’.

Saya tidak tahu kenapa isteri membenci keluarga saya, padahal keluarga saya tidak mencampuri urusan kami. Memang abang ada beri nasihat, tetapi sekadar nasihat dan isteri tak boleh terima.

Dalam tempoh hampir setahun perkahwinan, lebih 10 kali isteri meminta cerai dengan alasan remeh, tetapi saya bersabar. Saya pernah membawanya berjumpa kaunselor, tetapi selepas tamat sesi kaunseling, saya dijadikan tempat meluahkan kemarahan.

Habis ustaz yang memberi kaunselor itu dimakinya. Dia kata ustaz bodoh dan tak layak beri kaunseling. Saya pelawanya bertemu kaunselor sekali lagi, tetapi dia dengan tegas tidak mahu lagi mendapatkan kaunseling.

Sikap samseng isteri bertambah buruk apabila pernah satu ketika dia menggunakan kaki untuk mengejutkan saya daripada tidur. Dua kali dia tolak badan saya dengan kaki saya diam, masuk kali ketiga saya tepis kakinya dan memarahinya.

Pernah juga kerana saya lewat menjawab panggilan telefon dan SMSnya, komputer riba syarikat yang saya gunakan dihempas sampai hancur. Dia SMS kepada saya: “Hahaha... aku dah pecahkan notebook (komputer riba) kau.”

Paling mengecewakan saya, isteri pulang ke kampungnya untuk bersalin dan saya hanya diberitahu ketika isteri hampir bersalin. Kelam kabut jadinya apabila saya terpaksa tergesa-gesa pulang ke kampung isteri.

Saya datang bersama abang kerana saya minta pertolongannya untuk bergilir-gilir memandu. Apabila isteri melahirkan anak kami, saya mahu mengazankannya, tetapi mentua seperti tidak membenarkannya.

Namun saya buat juga kerana bayi itu anak saya. Sedih saya dibuatnya apabila ibu mentua sengaja menunjukkan arah kiblat yang salah ketika saya mahu mengazankan anak saya.

Seperti menidakkan zuriat saya kepada bayi itu, selepas saya mengazankan anak saya, dengan segera ayah mentua mengazankannya dengan kedudukan kiblat yang betul.

Dalam keadaan selepas bersalin, isteri sekali lagi buat hal apabila menghantar SMS memaki hamun saya kerana membawa bersama abang saya, walhal abang saya tunggu di luar saja. Saya dan keluarga saya dikatakannya sial... ibu bapa saya dikatakannya bodoh dan keluarga saya lebih teruk daripada kafir.

Saya terus diketepikan isteri dan keluarganya. Saya tidak dialu-alukan bersama isteri. Ketika mendapat tahu anak saya ditempatkan di wad kerana demam kuning selepas pihak hospital menghubungi saya, cubaan saya untuk menghubungi isteri tidak berjaya.

Telefon tidak diangkat, SMS tidak dibalas selepas beberapa hari. Satu ketika isteri membalas SMS, tetapi bukan memberitahu mengenai keadaan anak saya tetapi meminta memasukkan sejumlah wang ke dalam akaunnya.

Bercerita mengenai wang, isteri kini menuntut wang daripada saya yang dikatakan sebagai hutang perkahwinan satu ketika dulu.

Walhal, ketika memberi wang berkenaan, kami berjanji ia adalah wang bersama, tetapi atas rasa tanggungjawab saya cuba juga membayarnya semula sedikit demi sedikit.

Soal saya terpaksa menggunakan wangnya adalah atas kehendaknya. Saya merancang dan menyediakan untuk membuat kenduri kecil-kecilan di sebelah keluarga saya, tetapi dia mahu buat kenduri besar.

Saya tidak mahu kerana tidak cukup wang, tetapi dia memberi wangnya untuk merealisasikan kenduri yang diimpikannya. Saya akur, tetapi sekarang dia mula mengungkitnya semula.

Hampir setahun berumah tangga, saya sudah memikirkan sedalam-dalamnya untuk berpisah dengan isteri. Apa guna saya terus bersabar kerana isteri terus membuat dan melayan saya seperti ‘kain buruk’.


KERANA kecewa, Razman berkesempatan menghasilkan coretan khas buat isterinya:

Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang SMS kat member-member ofis abang cakap yang abang ni berpenyakit...
Abang sayangkan sayang
Walaupun lebih 10 kali sayang minta cerai
Abang masih sayangkan sayang
Walaupun sayang hina adik-beradik abang
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang hina abang ada SPM saja
Abang sayangkan sayang
Walaupun sayang gunakan kaki sayang untuk gerakkan badan abang
Abang sayang lagi
Walaupun sayang keluar rumah tanpa izin abang

Abang harapkan SMS ucapan kerinduan dari sayang
Ucapan kasih sayang dari sayang
Ucapan puitis cinta dari sayang
Bukan caci dan maki daripada sayang...

Sekarang hati abang dah tawar
Tawar sangat
Sayang faham maksud abang?
Takkan pasal tak angkat telefon sayang nak hantar macam tu?
Dah tu sayang kenapa hantar SMS kat adik- beradik abang?
Malu abang, malu sangat
Tapi abang sayang lagi... tapi bukan kepada sayang
Abang sayang kat anak abang yang comel itu
Bagi abang sayang sudah tak wujud di dalam hati abang

Tapi sayang jangan risau...
Allah SWT maha mengasihani...
Hari-hari lepas solat abang berdoa...
Berdoa kepada yang Esa supaya cinta abang berputik semula...
Supaya kasih abang kepada sayang bertaut kembali...
Walaupun hakikatnya abang sudah benci sayang...

Yang dikasihi,
Suamimu yang tercinta.

Fasha Sandha disukai walaupun dibenci!!



Ulasan : MatBaek nak komen pasal pelakon bernama Fasha Sandha. Kesian MatBaek tengok pelakon sorang ni. Pelakon yang penuh kontroversi. Satu persatu kontroversi yang menyinggah kehidupan Fasha. Sesiapa yang mengikuti perkembangan industri seni. Pasti sudah tahu setiap kontroversi yang melanda Fasha. Pada pendapat MatBaek kontroversi yang melanda Fasha adalah berpunca pada perangai Fasha Sendiri. Sebagai artis Fasha harus berfikir kesannya bila melakukan sesuatu, kerana kehidupan anda sebagai artis menjadi perhatian orang sekeliling.

Jika disebut nama Fasha Sandha, pasti pelbagai cemuhan, cacian, kritikan akan timbul. Mungkin Fasha terpaksa pekakkan telingga. Walaupun dicemuh, dicaci, dikritik mereka, Fasha masih disukai oleh mereka. Mereka mungkin benci sifat Fasha tetapi mereka manghargai bakat anda. Ini hakikat dan telah terbukti Fasha telah tersenarai dalam Top 5 Anugerah Bintang Popular bagi kategori Pelakon TV Wanita Popular untuk tahun 2010. Ini membuktikan Fasha masih mempunyai kelompok sokongan yang ramai. Bukan sikit yang mengundi Fasha untuk membolehkan Fasha tersenarai dalam Top 5 ABP. Fasha masih mendapat kepercayaan para pengarah untuk tebitan drama mereka. Ini terbukti di TV. Kebanyakkan drama yang sedang ditayangkan menampilkan lakonan Fasha. Ini membuktikan mereka masih memerlukan bakat Fasha.

Kesimpulan yang boleh MatBaek buat berdasar berapa fakta. Fasha dibenci disebabkan sifatnya sendiri. Tapi meraka masih memerlukan bakat Fasha. Jadi Fasha harus membuang sifat-sifat yang tidak elok tu. Jadikan ikon terbaek buat mereka. MatBaek yakin mereka sayang dan mahu anda berubah. Ini terbukti anda tersenarai dalam TOP 5 ABP dan kepercayaan pengarah. Mereka telah memberi peluang. MatBaek harap Fasha gunakan peluang itu sebaeknya.

Kita bukan sempurna, jadi kita harus saling menasihati antara satu sama lain. Cayala MatBaek!!!

Saturday, January 22, 2011

Persembahan penutup Anugerah Juara Lagu ke 25 - Memang Mantop!!



Ulasan : Sememangnya selepas berakhirnya AJL25 yang lalu. Jiwa MatBaek berkobar2 tuk memberi komen terhadap persembahan penutup AJL25. Walaupun sudah basi kot buat korang bg AJL25 punyer cita. Tapi penutup AJL25 satu persembahan yang mantop daripada Ziana Zain.& Siti Nurhaliza.  Lupakan persembahan Dato' Sharifah Ani. Tak berjaya menambat hati MatBaek. Mungkin ia bukan zaman MatBaek punya lagu... Jangan Mare ye...  Satu pujian harus diberikan kepada Ziana Zain bagi persembahan beliau. Persembahan beliau amat memukau penonton di studio atau di rumah. Persembahan yang dinantikan oleh ...semua. Alunan vocal, melodi yang indah, cara penyampaian lagu--lagu yang didendangkan amat berkesan. Cukup terhibur cara penyampai beliau dalam lagu Madah Berhelah. Buat Dato Siti Nurhaliza. Pujian sudah semesti untuk beliau. Persembahan beliau mengubat kerinduan para peminatnya. Alunan melodi, lenggok suara, tarian dan cara penyampai yang tidak diubah. Memgimbau kenangan di zaman beliau baru-baru muncul sebagai artis. Persembahan beliau cukup terselah semasa mendendangkan lagu Cindai. Dengan lenggok suara yang lembut, tarian penuh kelembutan pasti persembahan beliau akan diingati. Tahniah Ziana Zain & Dato Siti Nurhaliza.

Terbuai2 MatBaek mendengar vocal Ziana Zain & Siti Nurhaliza

Hayun kuali hentak kepala suami

Ulasan : Ari ini Mat Baek membaca surat khabar Harian Metro secara online di www.hmetro.com.my. Tertarik dengan berita bertajuk 'Hayun kuali hentak kepala suami'. Ops Hmetro memang suka papar isu2 macamni. Tuk dijadi pedoman & penganjaran kot. Wah tak sangka MatBaek ada isteri yang sanggup buat begini kat suami. Lupa ker syurga isteri berada di bawah tapak kaki suami. Tak bersyukur isteri derhaka inikan. Walaupun mereka ini dalam proses perceraian. Si isteri ini patutnya bersyukur. Si suami masih mahu menjenguk anak-anaknya dan menghantar duit belanja. Boleh dihayun... Masih berstatus isteri boleh menjalin hubungan dengan lelaki lain. MatBaek hairan sesangat, Tak malu ker dengan anak-anak. Dalam kehidupan kita memang banyak peristiwa macamni. Arap2 korang semua mendapat iktibar dari kejadian ini.....

Oleh Hadzlihady Hassan
hadzlihady@hmetro.com.my
AMPANG: Gelaran isteri derhaka layak buat seorang wanita apabila tergamak menghentak kepala suaminya dengan kuali sehingga lelaki berkenaan yang sedang menderita akibat penyakit kencing manis pengsan seketika sewaktu berada di rumah mereka di Pandan Perdana, di sini.
Tindakan tidak berperikemanusiaan itu dibuat selepas wanita terbabit terdesak kerana pada masa sama seorang lelaki lain yang dipercayai teman lelakinya turut berada di dalam rumah dan tidak menyangka suaminya datang ke kediaman itu.

Ini kerana pasangan berkenaan dalam proses bercerai selepas tinggal berasingan sejak dua tahun lalu.
Dalam kejadian kira-kira jam 11 pagi, Selasa lalu, mangsa yang berusia 45 tahun dan bekerja sebagai pemandu van pulang ke rumah untuk menjenguk anak dan memberi wang belanja kepada mereka.

Namun, sebaik menjejakkan kaki masuk ke dalam rumah, isterinya terus menghentak kuali ke kepalanya sebelum mangsa yang menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi pengsan.

Menurut sumber polis, mangsa bernasib baik kerana anak perempuannya yang berusia 16 tahun terus menghubungi ambulans untuk meminta bantuan selepas melihat bapanya tidak sedarkan diri.

“Mangsa kemudian dihantar ke hospital berhampiran dan dibenarkan pulang selepas mendapatkan rawatan. Dia juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu.

“Susulan laporan itu, polis menahan seorang wanita yang juga isteri mangsa berusia 38 tahun sehari selepas kejadian sebelum dibebaskan dengan dijamin ahli keluarganya,” katanya.
Menurutnya, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Difahamkan, pasangan terbabit sudah 17 tahun mendirikan rumah tangga dan mempunyai tiga anak berusia belasan tahun, namun mempunyai masalah rumah tangga sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Malah, suaminya sudah dua tahun tinggal berasingan dan menumpang di rumah ibu saudaranya di sebuah flat di Kuala Lumpur, namun dia sesekali pulang ke rumah untuk menjenguk anaknya.

Bagaimanapun, perbuatannya itu tidak disukai isterinya yang dikatakan sudah mempunyai kekasih lain dan sebelum ini juga pernah memarahi suaminya yang melawat anak-anak mereka.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa.